Adalah menjadi tanggungjawab media kerajaan dan swasta yang dipegang oleh mereka yang muslim untuk menghormati hari raya dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.
Islam bukanlah jumud sehingga menghalang umatnya bergembira dan berseronok suka. Namun, bukanlah dengan cara yang jelas dilarang oleh Islam seperti gelagat-gelagat artis dalam media atau filem yang melampaui batasan yang wajar. Tidak wajar disiarkan lakonan atau tarian yang tidak dapat diterima oleh penilaian syarak.
Hari Raya adalah manifestasi daripada ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan media asyik mencemarinya saban tahun. Sepatutnya, jika kerajaan benar-benar ada kesungguhan, banyak yang dapat diselamatkan dalam kehidupan muda-mudi hari ini. Namun, apabila kita cakap lain sementara tindakan kita lain, maka rosaklah generasi kita”.
Semalam saya chat dengan seseorang. Saya dapat satu kata-kata yang sungguh bermakna. Ia berkaitan dengan semua insan. Setiap insan perlu memahami dan mendalaminya. Perlu difahami oleh kita yang hidup bermasyarakat atau bersosial…tinggal dalam satu unit keluarga, tinggal bersama rakan2 di rumah sewa…atau pun bekerja dalam satu ofis bersama pekerja2 lain.
"Erti hidup pada memberi’
Ayat ni nampak simple, tergantung, dan saya tak faham tanpa explanation. Kita memang patut tahu apa hak / tanggungjawab kita terhadap masyarakat / keluarga / pasangan kita dan cuba untuk memenuhinya. Tetapi, kalau masing-masing tidak terlalu mementingkan hak, dan mementingkan apa yang boleh diberi atau disumbangkan kepada keluarga, tentu hidup lebih bahagia. Bila setiap orang sibuk untuk memberi, maka hak / tanggngjawab akan secara automatik tertunai. Win-win situation.
Kata DMFK, kalau kita nak apa-apa dari orang lain, pastikan kita yang terlebih dahulu memberi. Contohnya kalau kita nak disayangi oleh masyarakat / keluarga / pasangan, pastikan kita dahulu yang mempamerkan rasa kasih sayang kita kepada mereka.
Masa kami chat semalam, beliau sempat memberikan contoh yang cukup mudah. Contoh; Si A selalu masak air sbg air minuman untuk penghuni rumah sewa nya yang lain. Asyik2 si A yang masak air. Yang lain tak ada kesedaran atau inisiatif pun nak buat perkara yang si A buat. Padahal air tu setiap org menggunakan / meminum nya. Si A tension. Nape asyik2 aku..asyik2 aku. Masalah ini sama sekali akan dapat diatasi sekiranya tiap org memahami tentang…
"Erti hidup pada memberi"
Sekian.
<!–
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>
Saya menyeru kita semua, sbg umat Islam berdoa kepada Allah agar berlakunya
pertemuan antara UMNO dan PAS dalam keadaan yang harmoni dan
mendatangkan kebaikan untuk rakyat umumnya dan umat Islam khususnya.
Pertemuan itu diharapkan bukan atas kepentingan mana-mana parti,
sebaliknya di atas kemaslahatan umat. Anggaplah itu tanggungjawab
menjaga ukhuwwah, dakwah dan menjaga maslahah ummah.
Jika mereka sebelum ini boleh bertemu dengan pihak-pihak yang jauh
segi akidah dan prinsip dari parti mereka, mengapa pula tidak boleh
untuk mereka duduk semeja dengan saudara muslim mereka. Walaupun
masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara,
namun mereka menganut agama yang sama. Semoga Allah memberikan pahala
yang besar kepada Presiden PAS DS TN Abdul Hadi Awang atas hasratnya
itu. Juga semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada PM DS
Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan respons yang baik.
Mari kita baca maksud firman Allah ini;
Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan
bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh
bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian
antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari
keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat
besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).
Tiada siapa yang membenci
hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan
negara.
Tindakan sewajar kita buat adalah berdoa…berdoa…berdoa…
<!–
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>
<!–
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
p
{mso-margin-top-alt:auto;
margin-right:0in;
mso-margin-bottom-alt:auto;
margin-left:0in;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:.5in;
mso-footer-margin:.5in;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>
Bersua kembali. Kali ni
saya ingin kongsi mutiara ilmu yang saya dapat dari rancangan Bersama Dato’
Fadzilah Kamsah siaran Astro. Tajuk dia Atasi Rendah Diri.
Di sini beberapa kesimpulan
dari perbincangan tersebut (ada ditambah idea saya sket…hi…hi):
1) Berasa rendah diri itu bagus…
tetapi sikap merendah-rendahkan diri sendiri tu tak bagus.
2) Berusahalah untuk menyuburkan
rasa rendah diri kepada Allah. Kita hanya kerdil di sisi-Nya.
3) Petua tangani malu:
a) Kenali diri dengan mendalam.
b) Doa untuk yakin diri. Tepuk dada,
tanya iman…bape byk kita berdoa untuk tambah keyakinan diri…supaya Allah bagi
kekuatan..kesedaran..kemudahan hati untuk yakin. Bape kali…?
c) Bergaul dengan org positif
(dekatilah surau…solat berjemaah…pastu doa sama2 ngan imam. Jgn cabut awal. Try
salam-salam dgn jemaah lain. Boleh tingkat keyakinan berhadapan audien. Serius)
d) Cungkil bakat terpendam.
e) Bentuk penampilan baru. (
Cuba tuck in ke skali- skala..hehehe)
f) Baiki penampilan diri. (butang baju
melayu biarla pakai yang sama kalernya…serta cukup bilangan. Nampak simple je
bab butang baju melayu ni. Tapi sebenarnya bila kita jaga benda2 kecik mcm ni…,
Insyallah, Dgn izin NYa kita dapat jaga benda2 yang lebih besar [kata2 brother
Razman dulu..hehe])
Hari ni saya ingin berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai satu sabda junjungan besar kita.
Nabi S.A.W menyatakan dalam suatu hadith bahawa sesiapa yang bekerja dengan kuat dari pagi hingga petang, kemudian dia berasa penat, letih selepas waktu dia bekerja, maka diampunkan dosa-dosa kecilnya.
Bekerja dgn kuat sampai berasa keletihan, ditambah lagi diniatkan ikhlas ibadah kerana-Nya adalah salah satu petua untuk ceria sepanjang hari. Kerja yang kita buat secara lepak-lepak…malas-malas…tidak bersungguh… membuatkan kita rasa kurang berpuas hati terhadap apa yang kita telah lakukan, sekali gus tidak mampu menjadikan kita ceria dan bahagia pada hari berkenaan.
Coretan kali ini saya ambil dari track 5 CD petua ceria oleh Dr. Fadzillah Kamsah. Banyak lagi kupasan menarik dari beliau mengenai tip ini. Kalau berminat, boleh jumpa saya untuk dapat kan CD ini. (Pinjam saja ye..bukan percuma..hehehe)
Assalamualaikum.
Ucapan salam pembuka bicara,
Bicara diungkap bersulam kata,
Kata nasihat pengubat di jiwa,
Jiwa yang lara mengharap sinar-NYA… ewah.
Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sebuah kata-kata hikmah:
"Jika kita tak ada kasut untuk dipakai, ingatlah bahawa ada orang lain yang tak ada kaki pun nak pakai kasut"
Rujukan: Petua Untuk Ceria - Dr. Fadzillah Kamsah
I wish u all get the message. Ma’assalamah..wa ilalliqo’


